قام سعادة الدكتور عادل محمد علي باحميد، سفير الجمهورية اليمنية لدى ماليزيا، اليوم بزيارة إلى أسرة المغفور له بإذن الله البروفيسور داتو د. محمد نور منوتي، لتقديم واجب العزاء في رحيله، الذي مثّل خسارة كبيرة للمشهد العلمي والدعوي والفكري في ماليزيا والعالم الإسلامي.
وقد التقى سعادة السفير خلال الزيارة أسرة الفقيد، حيث عبّر لهم عن أصدق مشاعر المواساة والحزن في وداع شخصية علمية وفكرية فذّة، عُرفت بمسيرتها الزاخرة بالعطاء، وبأخلاقها العالية، ومواقفها المتزنة.
وأشاد سعادته بمناقب الفقيد، وما قدّمه خلال حياته من إسهامات رصينة في الحقول العلمية والأكاديمية والدعوية والاجتماعية، مؤكدًا أنه كان نموذجًا للمثقف المسلم الذي يجمع بين العلم والعمل، ويُجسّد منهج الوسطية والاعتدال في الفكر والسلوك والدعوة، بعيدًا عن الغلو والتطرف، حريصًا على وحدة الأمة وخدمة قضاياها.
وأشار السفير إلى تعاطف الفقيد العميق مع قضايا المسلمين في مختلف أنحاء العالم، لا سيّما متابعته المستمرة للحالة في اليمن، وحرصه الدائم على دعم الشعب اليمني والتعبير عن إنسانيته تجاه معاناته العادلة.
وخلال الزيارة، تشرف سعادة السفير بالاطلاع على جانب من المكتبة الشخصية للفقيد، والتي ضمّت عددًا من الكتب والمراجع العلمية القيّمة في مجالات متعددة، ومنها باللغة العربية، ما يعكس سعة اطلاعه وتنوّع اهتماماته الثقافية والفكرية.
وفي ختام الزيارة، دعا سعادة السفير اللهَ تعالى أن يتغمّد الفقيد بواسع رحمته، وأن يُلهم أهله وذويه ومحبيه الصبر والسلوان، مؤكدًا أن فقدان أمثال البروفيسور منوتي لا يُعدّ خسارة لأسرته وحدها، بل خسارة لعموم الأمة، لما تركه من أثر طيب، وسيرة ناصعة، ورسالة فكرية متّزنة ستظل حاضرة في وجدان الأجيال.

Duta Besar Yaman, Dr. Adel Ba Hamid Menziarahi Keluarga Allahyarham Profesor Dato’ Dr. Mohammad Noor Manuty dan
Menghargai Sumbangan Ilmiah serta Legasi Kemanusiaannya

Tuan Yang Terutama Duta Besar Republik Yaman ke Malaysia, Dr. Adel Mohamed Ali Ba Hamid, telah mengadakan lawatan ke kediaman keluarga Allahyarham Profesor Dato’ Dr. Mohammad Noor Manuty, bagi menyampaikan ucapan takziah dan simpati yang mendalam atas pemergian tokoh besar yang amat dihormati di kalangan ilmuwan, pendakwah dan pemikir Islam, baik di Malaysia mahupun di dunia Islam secara umumnya.
Dalam lawatan tersebut, TYT Duta telah bertemu dengan isteri, anak-anak, cucu-cucu serta ahli keluarga Allahyarham, sambil menyampaikan rasa sedih dan dukacita atas kehilangan seorang tokoh yang dikenal dengan keperibadian mulia, pemikiran seimbang, serta sumbangan ilmiah dan sosial yang besar.
Dr. Ba Hamid turut menzahirkan penghargaan terhadap peranan Allahyarham sebagai seorang intelektual Muslim yang unggul, yang menggabungkan ilmu dan amal, serta menjunjung tinggi prinsip kesederhanaan (wasatiyyah) dalam pemikiran, tingkah laku dan pendekatan dakwahnya—jauh dari unsur keterlaluan atau ekstremisme.
Beliau turut menekankan keprihatinan mendalam Allahyarham terhadap nasib umat Islam di seluruh dunia, khususnya kesungguhannya mengikuti perkembangan krisis kemanusiaan di Yaman, serta sokongan padu beliau terhadap rakyat Yaman dan perjuangan mereka yang adil.
Dalam kesempatan lawatan tersebut, Duta Besar turut diberi penghormatan meneliti sebahagian koleksi perpustakaan peribadi Allahyarham, yang mengandungi pelbagai karya ilmiah bernilai tinggi dalam pelbagai bidang, termasuk dalam bahasa Arab—satu bukti kepada keluasan ilmu dan minat intelektual beliau.
Di akhir lawatan, TYT Duta mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, seluruh ahli keluarga dikurniakan ketabahan dan kesabaran, serta legasi beliau sebagai tokoh ilmu, penyatu ummah dan suara sederhana umat Islam akan terus dikenang dan dihargai sepanjang zaman.
“Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali